Taklimat Kesedaran Advokasi Klik Dengan Bijak

4 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Rabu, 3 Januari 2020, Pusat Internet PPR Taman Malihah telah menyertai satu program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 di SMK Tun Abang Haji Openg yang dihadiri seramai 343 orang pelajar Tingkatan 1 tahun 2020. Slot taklimat ini adalah jemputan sepenuhnya daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak sekolah terbabit. Program ini dijayakan bersama fasilitator PI PPR Taman Malihah dan PI Kg Bako.

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

1. Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
3. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
4. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda.

Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.

a. Risiko Dalam Talian – Siber Buli
b. Keselamatan dalam Internet dan selia kendiri
c. Check your Label

Check your label ialah satu Kempen untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.

_"The Power of Networking Always Don't Talk To Strangers_"

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali